Friday, February 22, 2008

Sekadar Melepaskan Gundah-gulana DiHati...

Mingguku umpama...hmmmmm...Kalau mengikut kata sahabatku si mat salleh, "Disaster Week!" , tapi aku menerima sebagai "Minggu Ujian".

Isnin ku bermula dengan baik. Walaupun assignment english dibuat di saat-saat genting, namun aku masih enjoy~!..

Selasaku ibarat hari yang mengerikan. Hari aku 'menyembah bumi'. Aku pun pelik bagaimana aku menyembah jalan tar . Mungkin malaikat menolak aku sebab banyak dosa kuttt... (boleh diterima akal tak?)Luka yang amat dalam, amat sakit... Sujudku sangat berbeza dengan hari-hari biasa, sehinggalah hari ini aku menulis..

Rabu ku pula amat menakutkan , test programming yang sangat $%^&* ... tak bisa untuk dituturkan.... Lumrah orang belajar kan...

Khamis ku pula maha dahsyat.. Disebabkan aku ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir gangster sahabat-sahabat, aku turutkan mereka untuk ponteng kelas (confession yg sgt tulus)..Bukan membut-tuli kami ponteng, tapi sebab nak buat assignment dan mentelaah pelajaran untuk test di petang hari. Maka tersebutlah alkisah, tatkala aku pulang ,aku switch on computer .Sewatku kekunci ditekan, tiada tanda-tanda perkataan dipaparkan. Apa lagi, meraunglah aku !.. Tak dinafikan dari sejak azali lagi aku tidak gemar dengan wireless ini, termasuklah wireless keyboard ne.. Tapi dah dapat free kan, nak buat camne?... Segala punat-punat telah ku patuk2, apa lagi tanpa berfikiran waras, aku menghentak2 keyboard ku ini dari ketinggian 0.8m dengan halaju 9.81 ms-2 sebanyak 3 kali! Ganas bukan? Tatkala ini aku diibaratkan macam Nikki yang bertukar menjadi Jessica dalam carekarama Heroes.. Mungkin naluri keibuan memaksa ibu untuk meng'call' ku..Aku yg sok-sok jessica akhirnya menangisi meratpi nasib hidup...Taipip alangkah girangnya apabila aku mendapat solution untuk melihat buku manual! Akhirnya berjaya!!... Fuh~ ksengalan aku terserlah dan nasiblah keyboard masih berfungsi walau 3 kali ditetak!

Jumaat. jam menunjukkan jarum 1. Hari gelap dan sangat sunyi... Sedang kami sibuk melayan assignment measurement , tiba-tiba ...."tap!!" .. suis utama menendang karen... ohhh~ sia-sia sahaja reference yg aku buat... Dan aku inggatkan tiada karen disebabkan load yg sangat tinggi, malangnya, satu wing kolej perdana menteri ke-3 itu kekangan elektik... Mujurlah wing disebelah ada.. Sahabatku mengangkat cpu-nya yang agak "ringan" dan kami berkhemah membua assignment.. Khusyuk punya khusyuk , jam menunjukkan jarum 5 pagi... Tidur sebentar dan pulang ke kolej daku tatkala azan subuh..

Dan kini , akku harus meng'qada'kn tidurkuu....


0 comments:

 
template by suckmylolly.com