Thursday, May 15, 2008

Masalah Orang-orang

Kata orang Muda:

Orang tua sekarang ini takut sangat berhadapan dengan teknologi !

Kata orang Tua:

Orang Muda sekarang ini takut sangat berhadapan dengan orang ramai (bersosial), mahu bayar bill pun mahu segan, sudahnya di atas talian!

Kata orang-orang:

Hei ! Mana orang-orang boleh berkata daa!!

Thursday, May 8, 2008

Bisik-bisik akak Jusco

Sedang aku memandu, ibuku menelefon memberitahu supaya ke Jusco Tebrau. Members Day katanya. Disuruhnya aku tuk mencari handbag dan kasut tuk sem depan. Hmm persediaan katakan, biaselah...

Setelah berjalan-jalan tiada beg mahupun kasut yg aku berkenan , kalau ada pun, takde saiz. Mata ku pulak terpikat pada seluar jeans bewarna khaki. Harga asal Rm87++ .Harga diskaun pula sangat menakjubkan !

Di kaunter,

Akak Jusco : Dek, dua-puluh-enam-ringgit-enam-puluh-lima-sen.
aStigma : Pakai kad boleh?

Dia hanya tersenyum. Aku sengan la jugak, processing-nya pula lambat betul. Akak Jusco yang dua orang tu dah main senyum dengan diri masing-masing.

Kemudian, ibu pula memesan untuk membeli barangan dapur . Tak lah banyak sangat, nasib baik!

Di kaunter,

Akak Jusco : Dek, sembilan-belas-ringgit-sembilan-puluh-sen.

Senyuman akak jusco ku balas dengan pertanyaan beserta senyuman jugak..

aStigma : Pakai kad boleh?

Akak Jusco memasukkan kad ke dalam slot... lama jugak process, siap akak Jusco berdua main
laga-laga bahu lagi. Mengata aku la tu ! Mesti nak kata aku show-off la tu. Padahal subsidiary punye taw. Tak pun nak kata aku pokai la tu... Hmppp...

aStigma : Kak, tu de kata card not insert, padanla lambat benar.

Senyum je akak tu. Ibu message pulak,

Lupa. Beli tpg custard n susu full crm. Total rm7 je.Tk cukup duit pkai kad. Then, bli papa roti 4 me.
Apa lagi... aku pun duk buat keje yang sama la. Kali ni, abg jusco pulak... Relaks je ye bang!

Di kedai papa roti pulak, sebelum membeli , aku check dulu sama ada mereka ada mesin utk kad atau tidak. Mereka pun pelik jugak!..........Oh Tidak....!!!!

aStigma : Kak, kasi 2 roti. Bape?
Kak Roti : Tiga-ringgit-enam.
aStigma :Jap ea kak, saya carik duit. Akak layan la org belakang ni dulu.
(Sambil tu aku mengorek beg duit, ada 2 keping duit seringgit. Selebihnya syiling 10 sen, 20 sen termasuklah 5 sen dan 1 sen- nasib baek 1sen boleh diguna pakai lagi)

Ha kau! Cukup-cukup je duit tu....

Notakaki:

Selagi tak jumpa CIMB kat Universiti Selatan, selagi tu la kut aku tak keluarkan duet.....

Sunday, May 4, 2008

Macam-macam Part 1: Detox

Banyak petua yg mengatakan untuk mendapatkan kulit yang licin, halus mulus , kita perlu lebih mengambil sayur-sayuran. Jauhkan dari makanan ternakan dan daging . Senang cerita kene vegie la yer ! Sok-sok macam herbivor la pulak !Tapi kan cuba tengok haiwan herbivor yang sentiasa vegie tu,,, licin ke kulit mereka?

Nota kaki:

Saya sedang mencari produk organik untuk detox! Banyak sangat di pasaran, mana yg bagus yer?

Saturday, May 3, 2008

Berakhir -nya semester

Huuureeeeyyy... Habes da exam.. he he he...
Tak sabar-sabar utk ke skola ngajar !
By the way, Universiti Selatan tetap dalam hatiku... Aku akan kesini tiap-tiap bulan ( yela Universiti Selatan syg aku kn kn!)

Takkan ku lupakan kolej yang sangat best dan masyuk ( lagi-lagi bila tingkapnya menghadap pokok-pokok dan di petang hari kerjanya skodeng org main tenis!)

Dan musim exam nya pulak, maggi mee asam laksa yang menjadi teman setia aku bersama dengan SUNQUICK tropical dan Blackcurrent yang memudahkan proses pembuangan!... Bye maggi ! Bila menjelang exam lagi, kau sure akan menjadi teman aku.. he he he...

Malam ini, kami ke kg senibong, Jamuan last-last ne.. Then singgah ke danga bay.. Ntah apa permainan yg aku tunggang, sampai senak-senak perut.. Tak sanggup noh... Tak pernah ku melalui ketidak selesaan perut sebegini... uwekkkk...

 
template by suckmylolly.com